Novel ini mengisahkan seorang budak balar, iaitu manusia yang dilahirkan tanpa pewarna semula jadi pada rambut dan kulitnya yang menyebabkan rambut dan kulit berwarna putih. Budak itu juga diberi nama yang agak unik, iaitu Doktor Fikri (Dia memang bukan seorang doktor perubatan atau doktor PHD).
Setiap ibu bapa yang menunggu kehadiran cahaya matanya akan berdoa agar memperoleh anak yang sempurna anggota badan, sihat dan comel. Oleh itu, adakah Cikgu Saiful dan isterinya Puan Halipah sanggup menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu balar?
Dia menangis. Di Kolopak matanya tergenang
air mata kesal. Bayi di dalam bekas kaca itu sedang nyenyak
dengan nafasnya turun naik, pantas. Bibirnya begitu halus.
Kulitnya merah, memang jauh berbeza daripada warna kulit
bayi-bayi lain. Perlahan-lahan dia meletakkan telapak
tangannya di bawah kepala bayi berambut kuning keemasan
itu dan sebelah lagi tapak tangannya di bawah punggung.
Dengan berhati-hati dia mengangkatnya. Bayi itu menggeliat
menggerakkan kedua-dua belah tangan montelnya yang
bersarung. Ternyata bayi itu tidak seperti bayi-bayi lain.
Dia membenamkan hidungnya ke pipi bayinya yang
tidak seperti bayi-bayi lain.
sinopsis每课简介
http://twoohiok.files.wordpress.com/2010/10/sinopsis-bagi-novel-di-sebalik-wajah.pdf
Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah地点
http://twoohiok.files.wordpress.com/2010/11/latar-tempat-dalam-novel-di-sebalik-wajah.pdf
Nilai-nilai murni dalam novel Di Sebalik Wajah道德价值
http://twoohiok.files.wordpress.com/2010/11/nilai-novel-di-sebalik-wajah.pdf
Perwatakan角色
http://twoohiok.files.wordpress.com/2010/11/perwatakan.pdf
没有评论:
发表评论